Posts

Showing posts from April, 2017

Miri Bandar Peranginan

Image
Selamat Datang ke Miri Sarawak Seperti mana yang anda ketahui, Miri merupakan sebuah bandarraya yang pesat membangun selepas ibu negeri iaitu Kuching, Sarawak. Kepada sesiapa yang ingin bercuti dan melancong, Miri merupakan salah satu tempat yang agak sesuai untuk bercuti dan berjalan jalan. Sebelum itu, mari kita lihat asal usul miri pada suatu masa dahulu. Bahagian Miri adalah terletak di utara Negeri Sarawak yang bersempadan dengan Negara Brunei Darulsalam dan Wilayah Kalimantan Timur, Indonesia.  Sebelum tahun 1841, Negeri Sarawak masih di bawah pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.  Akibat ketidakstabilan politik dan keadaan kacau-bilau telah membawa peralihan pemerintahan Negeri ini kepada James Brooke atau keluarga Brooke.  Charles Brooke sebagai Rajah ketika itu, telah melantik seorang Residen di setiap Bahagian bagi membantu beliau dalam mentadbir kawasan tersebut.  Pada  tahun 1883, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Bintulu dan B