Miri Bandar Peranginan



Selamat Datang ke Miri Sarawak

Seperti mana yang anda ketahui, Miri merupakan sebuah bandarraya yang pesat membangun selepas ibu negeri iaitu Kuching, Sarawak.

Kepada sesiapa yang ingin bercuti dan melancong, Miri merupakan salah satu tempat yang agak sesuai untuk bercuti dan berjalan jalan. Sebelum itu, mari kita lihat asal usul miri pada suatu masa dahulu.





Bahagian Miri adalah terletak di utara Negeri Sarawak yang bersempadan dengan Negara Brunei Darulsalam dan Wilayah Kalimantan Timur, Indonesia.  Sebelum tahun 1841, Negeri Sarawak masih di bawah pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.  Akibat ketidakstabilan politik dan keadaan kacau-bilau telah membawa peralihan pemerintahan Negeri ini kepada James Brooke atau keluarga Brooke.  Charles Brooke sebagai Rajah ketika itu, telah melantik seorang Residen di setiap Bahagian bagi membantu beliau dalam mentadbir kawasan tersebut.  Pada  tahun 1883, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Bintulu dan Baram kepada Rajah Sarawak.
Pada tahun 1945 sehingga 1963 Negeri Sarawak telah diletakkan dibawah pemerintahan Koloni British dan ianya telah dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian Ke-empat Negeri Sarawak ketika itu merangkumi Daerah Miri, Baram  dan Bintulu.  Pada tahun 1979 Daerah Bintulu telah dinaiktaraf kepada satu Bahagian Pentadbiran yang baru.
Bahagian Miri pada masa kini mempunyai keluasan 26,777km2 dan mempunyai jumlah penduduk 307,782 orang. Bahagian Miri dibahagikan kepada Lima Daerah seperti berikut:-
(a) Daerah Miri (termasuk Daerah Kecil Bario)
(b) Daerah Marudi (termasuk Daerah Kecil Mulu)
(c) Daerah Subis (termasuk Daerah Kecil Niah)
(d) Daerah Beluru (termasuk Daerah Kecil Tinjar)
(e) Daerah Telang Usan (termasuk Daerah Kecil Long Lama dan Long Bedian

Antara tempat tempat menarik di Miri ialah :
1. Taman Negara Mulu
Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.
Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala BaramMiri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

1. Taman Negara Gunung Mulu

2. Taman Negara Lambir

Taman Negara Bukit Lambir yang terkenal ini terletak di sepanjang jalan Miri-Bintulu, 36 km barat daya bandar Miri di Sarawak, Timur Malaysia. Ia diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1975, dan meliputi kawasan seluas 6,952 hektar. 

Terdapat kita-kira 1,173 spesis pokok, dengan 286 genus dan 81 keluarga pokok menjadikan Lambir sebagai salah satu hutan dengan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia. Haiwan liar juga boleh dijumpai di kawasan pedalaman taman, terutamanya monyet, beruang, tenggiling dan kelawar.











3. Tusan Beach
 Selepas fenomena alam semula jadi dinamakan air mata biru disebarkan di laman sosial popular di sini bulan lalu, Pantai Trusan di Bekenu menjadi tumpuan orang ramai dan popular dalam sekelip mata.
Gara-gara fenomena tersebut dilihat buat pertama kalinya melalui lensa kamera kemudian dimuat naik oleh pemiliknya, Albert Song yang juga seorang jurugambar tempatan di sebuah laman sosial penduduk di sini sanggup memandu kira-kira setengah jam perjalanan ke Pantai Trusan terutama pada waktu malam di mana fenomena tersebut dapat dilihat dengan jelas.
Kini fenomena tersebut bukan sahaja dapat dilihat di Pantai Trusan malah di sepanjang pinggir pantai Miri dan lebih menarik ia dapat dirakam dengan kamera biasa mahupun telefon pintar.
 

4. The Grand Old Lady, Canada Hill
Muzium Petroleum terletak di atas bukit Kanada, Bandaraya Miri, SarawakMalaysia. Menurut sejarah pada masa dahulu, di antara tahun 70-an dan 80-an, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang rata-ratanya didiami oleh golongan pendatang dan penduduk tempatan dengan aktiviti perlombongan yang giat dijalankan. Pada masa dahulu, semasa era pendudukan Jepun, tapak perlombongan Miri pernah dibom oleh pihak british bagi melumpuhkan pergerakan dan kekuatan tentera Jepun di Miri. pelbagai lagi sejarah yang dikaitkan dengan tapak petroleum Miri ini memandangkan tapak ini merupakan tapak petroleum yang pertama di Malaysia. Namun, pada masa kini kawasan ini berubah wajah. Tempat ini telah dinaiktaraf sebagai satu tinggalan dan warisan berharga untuk negara








Tempat penginapan menarik di Miri

1. Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri


















Untuk Sebarang Maklumat sila berhubung melalui : https://www.borneorainforestresort.com/

2. Tim's Seaside Hideout










Untuk sebarang maklumat sila hubungi https://www.facebook.com/timseaside/

3. Marriott Resort And Spa, Miri




















4. Parkcity Everly Hotel










Untuk sebarang maklumat sila hubungi : http://miri.theeverlyhotel.com/

5. Mega Hotel Miri










Untuk sebarang maklumat sila hubungi : http://www.megahotel.com.my/

6. Imperial Mall Miri







Untuk sebarang maklumat sila hubungi http://imperial.com.my/miri/imperial-hotel/contact/


Terima kasih kerana melayari blog ini.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Comments

Popular posts from this blog

Restoran yang terkenal di Miri